Praktikal Takhrij Menerusi Nama Perawi Teratas dalam Sanad.
PRAKTIKAL 1
Anda diminta mencari hadis ini. Nama perawi yang tertinggi ialah ‘Aishah RA: أعظم النساء بركة أيسرهن مؤونة
Langkah 1: Dapatkan kitab Musnad al-Imam Ahmad versi PDF.
Langkah 2: Buka fail kitab Musnad al-Imam Ahmad versi PDF.
Langkah 3: Memastikan lokasi hadis yang dicari, dalam jilid ke berapa.
Langkah 3.1: Buka jilid 50 yang merupakan indeks nama periwayat untuk mencari Musnad ‘Aishah RA
Langkah 4: Pencarian hadis di lokasi yang telah dikenalpasti.
Langkah 4.1: Buka jilid 40, 41, 42 dan 43. Cari satu persatu, hingga menemui hadis ini.
Langkah 4.2: Hadis ini akan ditemui pada jilid 42, halaman 54, nombor 25119.
Langkah 5: Menyalin hadis ke dalam file words.
Langkah 6: Menyemak tahkik pada nota kaki.
Langkah 6.1: Perhatikan al-Shaykh Shu‘ayb merujuk kepada hadis nombor 24529.
Langkah 6.2: Anda dikehendaki membuka hadis nombor 24529 dan lihat status hadis itu.
Langkah 6.3: Anda akan dapati hadis nombor 24529.
Langkah 6.4: Lihat nota kaki iaitu tahkik al-Shaykh Shu‘ayb al-Arna’ut untuk mengenalpasti status hadis ini.
Langkah 6.5: Teruskan membaca hingga selesai. Anda akan dapati al-Arna’ut membuat penjelasan.
Langkah 6.6: Buka hadis bernombor 24478 dan lihat status kesahihan hadis itu.
Langkah 6.7: Anda akan dapati hadis nombor 24478 bersama nota kaki pada jilid 41, halaman 27 dan 28.
Langkah 6.8: Memandangkan hadis ini adalah bersanad hasan, bolehlah anda gunakan sebagai dalil dalam kajian anda.
Langkah 7: Melengkapkan penulisan hadis bersama statusnya .
